In Heart Official Chat


Monday, October 12, 2009

Sakura - In Heart



Sakura perintis hebat dalam mencanang tradisi dan stratifikasi untuk berganjak ke dimensi yang lebih kompetitif..wajaran ini berubjur dalam magnetik sigma yang tidak putus putus menjadi simbolik kepada betapa bermaknanyer sakura bagi jiwa jiwa yang musykil hati, sepertiga adat meruam ibadat dan segelap gelita malam menjadi saksi kemunculan. Sakura ialah sejenis bunga yang tumbuh di Jepun dan hanya hidup sekitar seminggu sahaja setelah putik pertama berbunga. pabila hal ini dikaji dan dikupas, IN HEART mendapati betapa bernilainya ia pada kitaran musim berangkai empat dalam musim yang ada di Jepun, Perhatikan i'llah ini, sebulan ada 4 minggu dan adakah terbit walau sesaat 'sakura ' itu pada diri kita? apakah sakura anda ? bukan beras sakura jawaban yang ingin kami usulkan tetapi maksud indah disebalik frasa ini ialah ia bisa menjadi subjektif apa pun selagi ia bisa meruncingkan panji kebenaran. Misalnya secara peribadi saya < firdaus in heart menganggap sakura itu sebagai ketenangan, ia bisa menjadi paksi dalam meletakkan antenna hala tuju dan visualisasi yang resolusis mmemekarkan mega senja kehidupan.

bangun pai celik mata kita sudah lali dengan hirupan oksi oksigen tanpa berfikir siapakah yang beri oksigen...apa? tumbuhan? secara lahirnya benar jawaban itu tetapai perhatikan kuasa besar sisebalik ini semua....Dia tidak pernah berhutang walau satu oksigen pada kita malah memberi kita 'sakura' yang sukar ada dalam kitar sebulan...saksikan keindahan ini....hidup berpalang lima sekalipun belum tentu merungkai sepanduk artileri masalahan ini...banyak lagi yang ingin IN HEART kongsikan dengan anda berkenaan frasa 'kamikaze', 'nokotta' dan pelbagai istilah positif jepun dalam asimilasi perincian hidup kita...
wallahua'lam

Sunday, October 11, 2009

Sejarah In Heart




Sejarah asal IN HEART bermula apabila Kolej Islam Antarabangsa mengadakan sebuah pertandingan nasyid internal. 3 juara dipilih iaitu READ ONE (khairul, pitok, khairi ), IDYLLIX (abg man,abg azha) dan IRFAN ( abg Fir ,sekarang kumpulan Zaidan ). Pihak kolej ingin menghantar pwewakilan kontestent dalam pertandingan nasyid antara universiti ( IPTIM ), maka gabungan 3 kumpulan tadi digabungkan dan menjadi Mujahid .

Melalui proses kematangan, Abg Azha menarik diri dari meneruskan perjuangan atas sebab peribadi dan karier. Mujahid berubah ekaminda dengan menggunakan nama New Method dan mewakili Selangor dalam pertandingan Nasyid Kemas Kebangsaan. In heart di cetuskan oleh ' pitok ' dalam perbualan tidak formal atas alasan solidariti, perpaduan, dan demokrasi hati. In heart terus berjuang dengan 5 ahli asas, Khairull, khairi, pitok, man ,dan abg fir. Dengan semangat yang tepu dan kental, In Heart banyak melakar kejayaan antaranya Johan Nasyid IKIM, Johan Antidadah Kebangsaan, Johan Nasyid pelbagai pertandingan sekitar Kuala Lumpur , Selangor. In heart terus BERTRANSFORMASI apabila abg fir turut menarik diri dan sekarang menubuhkan kumpulan Zaidan. In Heart terus transformasikan daerah mesej dengan mengembangkan irama ketuhanan. In Heart menerima seorang ahli baru Hafiz, yang In Heart dapati penuh komited, bersemangat waja dan berakhlak mulia sesuai menjadi label dan ikon untuk mendaulahkan irama ketuhanan. In Heart tutut dalam proses peningkatan dengan Mirwana.

Peningkatan vokal dan kualiti harmoni dengan belajar bersama orang orang besar industri yang amat berjasa antaranya Cikgu Deli Pensyarah muzik uitm(kualiti vokal, pengawalan,harmoni,idea), Abg Iwan Ruffedge ( all abaout vokal konsep,solidariti of harmoni dan Harmoni )Hazami ( koir Teknik ), Salleh Brothers ( basic Harmoni), Madam Iman Wayfarers ( Feel dan kualiti ), Feel Heart ( perkusi dan penghalusan harmoni ) Rafiq Infinatez ( harmoni,delivery ) kita mampu menjumpai Tuhan walaupun dalam muzik yang lebih global, In Heart meneruskan perjuangan dengan terpilih menyertai Akademi Nasyid TV9 pada tahun 2008 buat julung kalinya memecah dunia nasyid dengan ideologi baru dan kelainan yang alternatif dengan kejuaraan bergaya semi final(sms tertinggi). sila layari www.youtube.com dan search ''IN HEART akademi nasyid''.

Welcome to Inheart Official Blog



Selamat Datang ke blog In Heart.